Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Antara vesel yang ditahan Maritim Malaysia di perairan Bintulu. Foto ihsan: Maritim Malaysia

Lima vesel ditahan atas pelbagai kesalahan di Bintulu

ByYazid Ibrahim

KUCHING, 31 Julai: Lima vesel ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Bintulu kerana gagal mengemukakan Lesen Perkapalan Dalam Negeri semasa diperiksa.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kapten Mohd Khairol Anuar Saad berkata vesel ditahan juga didapati tidak memaklumkan secara bertulis pertukaran nama nakhoda dalam Sijil Pendaftaran Kapal dan beroperasi tanpa keanggotaan yang mencukupi.

Maritim Malaysia menahan kesemua vesel tersebut pada 28 dan 29 Julai lalu di perairan Bintulu.

Antara vesel yang ditahan di perairan Bintulu. Foto: Maritim Malaysia

Katanya, kesemua kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 yang memperuntukkan kompaun sehingga RM8,500 bagi kesemua kesalahan jika didapati bersalah.

“Hukuman kompaun sehingga RM5,000 jika disabitkan bersalah bagi kesalahan gagal mengemukakan Lesen Perkapalan Dalam Negeri, RM2,500 disabitkan bersalah bagi kesalahan tidak memaklumkan secara bertulis pertukaran nama nakhoda di dalam Sijil Pendaftaran Kapal dan RM1,000 disabitkan bersalah bagi kesalahan beroperasi tanpa keanggotaan yang mencukupi sebagaimana dikehendaki di dalam syarat lesen,” katanya dalam satu kenyataan.

Antara vesel  yang ditahan Maritim Malaysia di perairan Bintulu. Foto: Maritim Malaysia

Dalam pada itu, beliau mengingatkan komuniti maritim agar mematuhi peraturan undang-undang sebelum melakukan aktiviti laut.

Sebarang aktiviti yang mencurigakan atau kemalangan di laut mohon dilapor secara terus ke talian Malaysian Emergency Response Services (MERS) 999 atau Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Bintulu (086-314245) / Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak (082-432544) yang beroperasi 24 jam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan