MIRI: Sejumlah 1,760 dos bekalan vaksin Sinovac telah dihantar ke empat buah klinik kesihatan di luar bandar Miri melalui penerbangan ihsan dari Miri menggunakan helikopter milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Menteri bertanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri, Datuk Lee Kim Shin berkata, empat buah klinik kesihatan (KK) yang terlibat adalah KK Bario, KK Bario, KK Mulu, KK Long San dan KK Long Bedian.
“Kita akan menghantar secara berperingkat dan hari ini adalah penerbangan pertama untuk empat KK terbabit mengikut jadual yang disediakan oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Miri (PKBM) bersama pihak bomba.
“Dua petugas perubatan dari PKBM turut diterbangkan bersama,”tambahnya.
Beliau yang juga Menteri Pengangkutan berkata, Miri telah menerima vaksin jenis Sinovac yang diterbangkan daripada Kuala Lumpur sekaligus mengedarkan vaksin tersebut ke pusat-pusat pemberian vaksin menggunakan jalan darat diiringi pasukan polis Miri dan Marudi.
Memetik dari medi atempatan, aktiviti pemberian vaksin di pedalaman Miri akan dilaksanakan pada Sabtu, 12 Jun 2021.
Mengulas lebih lanjut, pesawat kendalian Kapten Faridullahamin Mohd Noh dan dibantu Robert James dan Saravanan berlepas dari Pangkalan Operasi Udara Miri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia pada jam 10.15 pagi dan selamat kembali pada jam 2 petang.
Penghantaran vaksin ini turut sertai oleh Ketua Jabatan dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba 1 Law Poh Kiong.
Walaubagaimanapun usaha bagi menghantar baki bantuan bakul makanan seberat 2703kg akan diterbangkan ke Long Sait dan Pa’Tik pada Sabtu susulan cuaca tidak mengizinkan.