KUCHING: Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof disahkan positif COVID-19 setelah menerima keputusan ujian saringan awal malam tadi (10) Jun.
Beliau menjalani ujian saringan COVID-19 pada jam 10.15 pagi (10 Jun) sebagai rutin yang dibuat oleh Pejabat Menteri Kanan Kerja Raya dari semasa ke semasa.
Datuk Seri Fadhillah kini berada dalam keadaan stabil dan memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul.
Beliau akan menjalani kuarantin di rumah disebabkan tiada sebarang gejala seperti nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)