Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras telah menerima laporan polis sebanyak 86,538 sepanjang 2023 berbanding tahun 2022. Foto PDRM

5 suspek sindiket Ah Long bakar rumah dituduh di mahkamah Isnin ini

BySafri Ali

KOTA SAMARAHAN, 29 Julai: Lima suspek yang terlibat dengan sindiket Ah Long menerima upah membakar dan membaling cat rumah peminjam mereka melalui tawaran kerja di media sosial akan dituduh di Mahkamah Seksyen di sini, Isnin ini.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, DSP Brodie Brangka berkata, pihak polis telah berjaya menangkap tujuh individu yang disyaki terlibat dalam kes itu.

“Hasil siasatan yang dilakukan lima suspek yang terlibat manakala dua lagi telah dibebaskan.

“Kesemua suspek warga tempatan berusia antara 21 hingga 31 tahun berasal dari Daerah Kuching, Simunjan dan Sri Aman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menjelas lanjut, katanya, kesemua suspek yang ditangkap juga didapati positif dadah melalui ujian saringan air kencing yang dijalankan, selain mempunyai banyak rekod lampau berkaitan kes dadah.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Mohd Azman Ahmad Sapri dalam kenyataannya baru-baru ini berkata, pihak polis kini giat mengesan rangkaian sindiket Ah Long yang mengupah individu untuk membakar dan membaling cat ke rumah peminjam mereka melalui tawaran kerja di media sosial.

Polis menerima laporan pada 7 Julai lalu, di mana seorang mangsa memaklumkan rumah miliknya di Kota Samarahan telah dibakar selain menerima kiriman video insiden tersebut melalui aplikasi WhatsApp.

Selain itu, terdapat tiga lagi kejadian simbah cat di kedai perabot dan rumah mangsa.

Susulan itu, sebanyak empat kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Hasil soal siasat mendapati mereka telah menerima tawaran melakukan kerja itu di media sosial dengan pembayaran upah sebanyak RM1,500. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan