Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Hazimah Zainuddin pada sesi Dialog TVS bertajuk Peranan Pernas dalam Industri Francais Malaysia yang disiarkan semalam.Foto: TVS

Pernas bantu usahawan francais gagal, kembali bangkit

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 28 Julai: Pemilihan lokasi premis yang tidak strategik antara faktor sesebuah perniagaan francais menemui kegagalan.

Pengerusi Perbadanan Nasional Berhad (Pernas), Datuk Hazimah Zainuddin berkata pihaknya terus memberi bantuan dan sokongan kepada usahawan francais di bawah agensi itu untuk kembali bangkit.

“Sebelum kita nak lakukan pelaburan dalam sesuatu perniagaan, lokasi adalah penting. Tidak semestinya di bandar-bancar besar kerana di kawasan luar bandar pun boleh lakukan perniagaan cuma pemilihannya mesti tepat.

“Bagi pihak Pernas sendiri, kita akan pastikan lokasi yang strategik kerana kalau usahawan ingin menukar lokasi perniagaan dari satu tempat ke satu tempat yang lain kemudiannya, ia akan melibatkan kos yang tinggi,” katanya pada sesi Dialog TVS bertajuk Peranan Pernas dalam Industri Francais Malaysia yang disiarkan pada Khamis.

Menurut Hazimah, pihaknya tidak akan mengenakan tindakan undang-undang dan menghukum usahawan yang kurang bernasib baik setelah mengikuti program anjuran agensi itu, sebaliknya membantu mereka dari peringkat awal dalam semua aspek.

“Kita tidak akan terus menghukum, kita cuba bantu mereka sebab jatuh bangun dalam perniagaan ini lumrah bagi individu yang bergelar usahawan.

“Jika mereka mengalami masalah kewangan, kita akan lihat dari segi aliran tunai dan bantu selesaikannya. Kita bantu semua usahawan tidak mengira sama ada perniagaan mereka besar atau kecil.

“Kita akan kenal pasti di mana silapnya termasuk pemasaran, penjenamaan, strategi dan pembungkusan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Hazimah menambah Pernas sentiasa menganjurkan pelbagai program seperti Program Bizfrancais 2023 di seluruh negara untuk memberi kefahaman berhubung industri francais dan pada masa sama membantu golongan usahawan untuk menceburi bidang berkenaan.

Jelas beliau, pihaknya tidak menetapkan sebarang had amaun bantuan kewangan kepada golongan tersebut  yang ingin melakukan pinjaman bagi mengembangkan perniagaan mereka. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan