Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Mohd Sofi Md Lepi menyampaikan cenderahati kepada Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika mengadakan kunjungan hormat di pejabatnya di Bangunan Baitulmakmur di Kuching, hari ini. Foto: TVS.

Peruntukan khas diguna untuk perbaiki kemudahan dan rumah keluarga di kem tentera

KUCHING, 28 Julai: Penambahbaikan kemudahan usang di kem tentera dan rumah keluarga antara keutamaan yang diberikan oleh Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (PMTTD).

Panglima Medan Timur Tentera Darat, Dato Mohd Sofi Md Lepi berkata menerusi peruntukan khas yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, usaha ini akan memberi tumpuan di kawasan Kuching, Sibu dan Miri.

“Perancangan untuk peningkatan rumah keluarga itu kita sudah buat, tumpuan kepada rumah keluarga bukan hanya di Kuching tetapi di Sibu, Miri dan semua kemudahan sedia ada.

“Kita kena membelanjakan (peruntukan) pada tahun ini sehingga Disember, jadi kita tidak dapat hendak membuat baharu. Apa yang kita lakukan, kita akan melaksanakan penyelenggaraan rumah keluarga yang sudah usang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Bangunan Baitulmakmur di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Sofi berkata pihaknya telah mengenal pasti rumah keluarga dan fasiliti yang terlibat.

Malah, permohonan juga telah dimajukan kepada Markas Tentera Darat Malaysia sebelum ditentukan oleh jawatan kuasa pembangunan di peringkat Tentera Darat Malaysia (TDM).

“Kita sudah memuktamadkan di peringkat PMTTD untuk Sabah dan Sarawak dan telah diserahkan kepada Markas TDM, ia akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pembangunan TDM berdasarkan permohonan yang dibuat.

“Saya yakin permohonan yang kita majukan kepada Panglima Tentera Darat akan diambil perhatian kerana kita sudah tapis rumah keluarga dan fasiliti di dalam kem,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan