Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Enam Kapal Peronda Laju Kelas Pulau Sarawak Coastguard dilancarkan buat julung kalinya di Markas Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan (UKPS) Miri, baru-baru ini. Foto: Odleen Catherny (TVS).

Enam kapal baharu Sarawak Coastguard membelah lautan, bantu jaga perairan luas

ByOdleen Catherny

KUCHING, 30 Julai: Sejak dilancarkan pada 7 April 2021, Sarawak CoastguardĀ yang dikendalikan oleh Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) terus memperkasakan perkhidmatannya di perairan Sarawak.

Aset untuk melaksanakan tugas juga ditambah oleh Kerajaan Sarawak apabila pasukan itu menerimaĀ enam kapal peronda laju kelas pulau.

Menerusi aset terbaharu itu, UKPS dijangka dapat memperhebatkan fungsi Sarawak Coastguard menjaga kawalan perairan Sarawak.

Pasukan Sarawak Coastguard berlayar untuk sesi Sea-Touring bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika Majlis Pelancaran Kapal Peronda Laju Kelas Pulau, baru-baru ini. Foto: Odleen Catherny (TVS).

Penempatan aset terbaharu pasukan itu dilihat amat signifikan dengan inisiatif Kerajaan Sarawak untuk meningkatkan kawalan keselamatan persisiran pantai serta memelihara alam sekitar selaras dengan objektif Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030.

Ketua Penolong Pengarah Sarawak Coastguard, SAC Paul Khiu Khon Chang berkata, aset terbaharu agensi itu berukuran 25 meter dan menggunakan teknologi ‘water jet’.

Jelas beliau, kapal peronda berkenaan ditempatkan di lokasi yang dikenal pasti berdasarkan keperluan termasukĀ mengambil kira tahap kelajuan, jarak dan ketahanan kapal melaksanakan operasi.

ā€œSekiranya bercakap mengenai keupayaan kapal, (tiada keraguan kerana) kelajuannya boleh mencapai lebih daripada 30 knot.

“Kapal ini mampu beroperasi pada jarak antara 300 hingga 400 batu nautika,” katanya menerusi temu bual khas bersama TVS baru – baru ini.

Ciri unik kapal yang digunakan pasukan itu juga kata beliau membantu kelancaran operasi.

“Tahap ketahanan kapal boleh berlayar untuk sesebuah operasi, kita tidak perlu untuk kembali ke pangkalan dalam tempoh satu hingga dua minggu,” katanya.

Katanya, pembinaan kapal bermula pada Mei 2021 dan kesemua siap dalam tempoh lebih kurang 20 bulan meskipun berdepan kekangan akibat pandemik COVID-19.

Kapal peronda tersebut akan dimanfaatkan sepenuhnya mengikut keadaan semasa di kawasan perairan Sarawak bergantung kepada jenis keperluan dan ancaman.

Operasi turut mengutamakan keselamatan kawasan Taman Negara Marin Sarawak yang berkeluasan 1.2 juta hektar.

“Ia merupakan tanggungjawab Sarawak Coastguard untuk meronda agar pencerobohan tidak berlaku serta ekosistem dapat dipelihara,ā€ jelasnya lagi.

Kapal peronda laju kelas pulau Sarawak Coastguard yang sudah beroperasi sejak 18 Julai lalu kini ditempatkan di perairan selatan, tengah dan utara Sarawak iaitu di Markas UKPS Kuching, Tanjung Manis serta Miri.

Simbolik Majlis Pelancaran Kapal Peronda Laju Kelas Pulau Sarawak Coastguard disempurnakan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, baru-baru ini. Foto: Odleen Catherny (TVS).

Sejumlah 12 kru boleh dimuatkan pada setiap kapal peronda ketika melaksanakan operasi.

Sementara itu, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika merasmikan majlis penyerahan aset berkenaan berkata, perkembangan itu membuktikan Kerajaan Sarawak sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat.

ā€œAset-aset ini akan digerakkan untuk operasi penguatkuasaan ordinan-ordinan negeri serta membantu dalam operasi mencari dan menyelamat, kawalan keselamatan dalam acara-acara air rasmi serta membantu penugasan agensi-agensi keselamatan yang lain,ā€ kata beliau.

Abang Johari percaya kerjasama akrab Sarawak Coastguard dengan agensi-agensi keselamatan negeri serta persekutuan akan dapat meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan berkesan kepada orang ramai.

Projek kapal peronda laju kelas pulau dikendalikan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak sebagai agensi pelaksana.

Syarikat Sarawak Slipways Sdn. Bhd. pula dilantik sebagai kontraktor terlibat membabitkan kontrak bernilai RM73.243 juta pada April 2021 manakala proses tender terbuka bermula pada Disember 2020 hingga Februari 2021.

Untuk rekod, sebanyak RM90 juta telah diperuntukkan dalam Bajet Sarawak 2020 kepada UKPS untuk memperoleh secara terbuka enam kapal peronda laju sepanjang 25 meter yang dilengkapi dengan kelengkapan moden dan sistem pendorong pancutan air untuk bergerak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan