Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiada mesyuarat khas di DUN Sarawak bincang Yang di-Pertua Negeri Sarawak. Foto, Faitullah Morni (TVS).

Sarawak semakin ke depan ke arah ekonomi hijau

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 27 Julai: Dasar serta fokus yang jelas terhadap tenaga boleh diperbaharui telah meletakkan Sarawak di hadapan berbanding negeri yang lain dalam sektor berkenaan.

Felo Penyelidik, Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, langkah Sarawak meneroka sektor berkenaan menunjukkan hala tuju yang jelas di bawah pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Ini merupakan penghargaan yang diberikan kepada kemampuan Sarawak dalam bidang berkenaan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sehubungan itu, rakyat Sarawak perlu bekerjasama bagi membina momentum dalam mendukung penggunaan tenaga hidrogen ini berdasarkan kapasiti masing-masing,” katanya kepada TVS.

Beliau mengulas kenyataan Anwar pada majlis peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasakan Rakyat hari ini yang memuji usaha Sarawak mempelopori bidang hidrogen menerusi kenderaan guna tenaga berkenaan.

Anwar memberitahu Sarawak patut dijadikan contoh dalam merintis penggunaan tenaga hidrogen untuk membangunkan Industri Penangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS).

Sehubungan itu Anwar berkata, kerajaan bercadang untuk menyediakan insentif khusus bagi menggalakkan aktiviti pertumbuhan hijau baharu. 

Ke arah memperkasakan lagi pemahaman mengenai hidrogen, Awang Azman mencadangkan agar agensi kerajaan negeri turun padang untuk mendedahkan perkara ini kepada pelajar sekolah.

“Ini supaya mereka dapat mengaitkan dengan kerjaya dan rancangan masa depan selepas tamat persekolahan dan mendukung pelaksanaan tenaga hidrogen untuk membina kepakaran khusus bagi Sarawak,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Dzul Hadzwan Husaini berkata, dasar Kerajaan Sarawak ketika ini sangat tepat dalam memacu pertumbuhan ekonomi hijau.

Menurut beliau, impak positif dapat dilihat apabila pelabur dari luar negara datang ke Malaysia dan memilih Sarawak sebagai destinasi pelaburan tenaga hijau.

“Ikhtiar ini akan meletakkan Sarawak dalam landskap ekonomi baharu.

“Pelaburan hijau ini akan memberi impak yang besar kepada pendapatan rakyat secara langsung dan tidak langsung.

“Inio seterusnya menjana pendapatan dan meletakkan ekonomi Sarawak di fasa yang matang dan mampan dalam jangka masa yang panjang,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan