Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yunus Tambi (depan kiri) bersama Henry Sum dan John Rampai pada Program Uji Cuba dan Latih Amal Prosedur Tetap Operasi (SOP) Melaksanakan Program Mencegah Kebakaran Tanah Gambut di Lawas. Foto: Adeng Idrus

Politik hangat di Semenanjung tidak gugat keharmonian Sarawak – Henry

LAWAS, 27 Julai: Kehangatan senario politik di Semenanjung tidak mempengaruhi kestabilan politik di Sarawak kata Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong.

Menurutnya parti-parti tempatan Sarawak komited menjaga perpaduan dan keharmonian rakyat di negeri ini.

“Sarawak kita sentiasa hidup aman damai, kita juga tidak ingin keadaan berubah seperti politik panas yang berlaku di Semenanjung.

“Kita berada dalam keadaan begini, kita tumpukan kepada usaha seperti juga usaha alam sekitar ini untuk mengelakkan terjadinya perkara-perkara yang tidak diingini.

“Begitu juga usaha kita dan rakyat keseluruhannya untuk memastikan tiada apa-apa masalah yang berlaku dan harus sentiasa bersedia sekali gus mengekalkan keharmonian dan kesejahteraam rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Uji Cuba dan Latih Amal Prosedur Tetap Operasi (SOP) Melaksanakan Program Mencegah Kebakaran Tanah Gambut untuk mengatasi jerebu di Daerah Lawas hari ini.

Dalam pada itu, Henry optimis situasi politik hangat berikutan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri di Semenanjung Malaysia kembali reda sebaik PRN di negeri-negeri terlibat selesai.

Hadir sama Residen Bahagian Limbang, Yunus Tambi, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Sarawak , John Rampai, wakil Polis Diraja Malaysia, DSP Liong Tindan dan wakil jabatan serta agensi kerajaan lain. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan