Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Perangkaan menyatakan nilai eksport Sarawak ialah RM7.8 bilion pada Jun 2023. Foto hiasan: Envato

Sarawak antara lima negeri pengeksport utama Jun 2023

BySaibi Gi

KUCHING, 27 Julai: Sarawak bersama empat negeri lain disenaraikan sebagai negeri-negeri utama yang menyumbang 82 peratus terhadap jumlah eksport Malaysia.

Menerusi Statistik Eksport dan Import Mengikut Negeri Jun 2023, Jabatan Perangkaan menyatakan nilai eksport Sarawak ialah RM7.8 bilion.

DOSM: Jumlah perdagangan RM222.1 bilion dicatat pada Jun | TVS

Pulau Pinang dengan nilai eksport tertinggi iaitu RM41.2 bilion, Johor (RM25.8 bilion), Selangor (RM21.4 bilion) dan Kuala Lumpur (RM5.4 bilion).

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin menerusi kenyataan media, hari ini berkata prestasi eksport Malaysia pada Jun 2023 bernilai RM124 bilion, menurun RM20.3 billion (-14.1%) berbanding bulan yang sama 2022.

Penurunan eksport dipengaruhi oleh eksport yang lebih rendah di kebanyakan negeri iaitu Johor (-RM9.4 bilion), Sarawak (-RM4.6 bilion), Selangor (-RM3.5 bilion), Sabah (-RM1.1 bilion), Perak (-RM847.9 juta), Terengganu (-RM380.1 juta), Kelantan (-RM269.6 juta), W.P. Kuala Lumpur (-RM78.8 juta) dan Perlis (-RM13.7 juta).

Bagaimanapun, nilai eksport meningkat di Pulau Pinang sebanyak RM6.4 bilion, W.P. Labuan (+RM950.5 juta), Kedah (+RM882.6 juta), Pahang (+RM336.8 juta), Melaka (+RM209.7 juta) dan Negeri Sembilan (+RM81.4 juta). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan