Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan menerima kunjungan hormat daripada firma Australia, Latrobe Magnesium Group di pejabatnya hari ini. Foto Pejabat Timbalan Premier.

Syarikat Australia bakal labur RM3 bilion di Sarawak

ByMuqri Aziz

KUCHING, 26 Julai: Syarikat Australia, Latrobe Magnesium Group memberi komitmen untuk melabur RM3 billion bagi Projek Loji Magnesium Rendah Karbon di Sarawak, kata Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Timbalan Premier Sarawak itu berkata, pelaburan itu melibatkan projek menghasilkan 100,000 tan magnesium setahun di Taman Perindustrian Samalaju di Bintulu.

Australia mempertaruh RM3 bilion ke Sarawak | TVS

Kata beliau, Sarawak dipilih bagi projek berkenaan kerana berkeupayaan untuk membangunkan loji magnesium pelepasan karbon rendah.

“Latrobe Magnesium Group kagum dengan kelebihan Sarawak dalam kuasa hidro hijau serta mempunyai infrastrukur yang baik untuk memulakan projek berkenaan.

“Sehubungan itu, Kerajaan Sarawak sangat mengalu-alukan keputusan firma ini dan akan mempermudahkan pelaburan mereka,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Terdahulu, Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak menerima kunjung hormat Ketua Pegawai Eksekutif Latrobe Magnesium Group, David Peterson di pejabatnya di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan negeri, Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh dan Ketua Pegawai Operasi Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA).  

Sementara itu Awang Tengah berkata, projek berkenaan juga selaras dengan visi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 yang menggalakkan kelestarian alam sekitar. -TVS 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan