Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Ding Kuong Hiing mengadakan lawatan ke tapak projek di Jalan Konton dan Jalan Foochow pada Selasa. Foto: Pusat Khidmat DUN Meradong.

Kemelut banjir petani Sungai Meradong berakhir

BINTANGOR, 26 Julai: Petani di kawasan Meradong akhirnya menarik nafas lega apabila Kerajaan Sarawak meluluskan peruntukan RM40,000 untuk menyelesaikan masalah parit tersumbat sehingga menyebabkan kawasan tanaman mereka dilanda banjir.

Projek itu masing-masingnya melibatkan parit sepanjang tiga kilometer (km) di Jalan Foochow dan Jalan Kanton Sungai Meradong.

Datuk Ding Kuong Hiing mengadakan lawatan ke tapak projek di Jalan Konton dan Jalan Foochow pada Selasa. Foto: Pusat Khidmat DUN Meradong.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, projek itu merupakan sebahagian keprihatinan kerajaan dalam usaha menyediakan kemudahan terbaik yang diperlukan oleh rakyat.

“Meradong sememangnya terkenal dengan pengeluaran pelbagai hasil pertanian kerana tanahnya yang subur dan sesuai untuk tujuan tersebut.

“Bagaimanapun, masalah sampingan termasuk gangguan sistem perparitan juga boleh menjejaskan punca pendapatan petani apabila kawasan tanaman mereka kerap dilanda banjir,” katanya selepas selesai melakukan tinjauan ke atas tapak projek itu, semalam.

Datuk Ding Kuong Hiing mengadakan lawatan ke tapak projek di Jalan Konton dan Jalan Foochow pada Selasa. Foto: Pusat Khidmat DUN Meradong.

Selain melakukan tinjauan, Kuong Hiing juga mengambil kesempatan berbincang mengenai pelaksanaan beberapa lagi projek Transformasi Luar Bandar (RTP) yang telah diluluskan oleh Kerajaan Sarawak di kawasannya.

“Saya ingin menzahirkan penghargaan atas komitmen padu agensi pelaksana sehingga berjaya membantu kelancaran projek di bawah RTP yang memberi manfaat begitu besar kepada rakyat di Meradong.

“Pelaksanaan semua projek ini sebenarnya, sangat penting untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Meradong di samping memastikan mereka berada dalam arus pembangunan,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau juga sempat melakukan tinjauan ke atas laluan utama Konton yang telah siap disimen melalui kelulusan Projek Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (Marris) di bawah seliaan Majlis Daerah Meradong dan Julau (MDMJ). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan