Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PSTL Kuching buka peluang sertai Pasukan Simpanan Sukarelawan TLDM. Foto: Amirah Shawel (TVS)

PSTL Kuching buka pengambilan Pasukan Simpanan Sukarela TLDM 29 Julai ini

ByAmirah Shawel

KUCHING, 25 Julai: Pasukan Simpanan Tentera Laut (PSTL) Kuching membuka peluang kepada orang ramai yang berminat untuk menyertai Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM).

Pegawai Staf Pasukan Simpanan Tentera Laut (PSTL) Kuching, Leftenan Mohd. Ismail Yakub memaklumkan pendaftaran secara ‘walk in’ diadakan bermula 8 pagi hingga 12 tengah hari di perkarangan bangunan PSTL Kuching pada 29 Julai ini.

PSSTLDM terap semangat sukarela | TVS

Menurutnya, PSTL akan memberi keutamaan kepada bakal pegawai dan perajurit muda yang menetap dalam radius 100 kilometer (km) dari pusat bandar.

“Sebelum ini kami pernah menerima pegawai yang berminat dari bahagian lain seperti Sibu dan Bintulu tetapi mereka berdepan kesukaran untuk hadir sesi latihan.

“Sesi latihan diadakan selepas waktu bekerja iaitu pada setiap Selasa dan Sabtu bermula pukul 6 petang hingga 10 malam dan 8 pagi hingga 12 tengah hari,” katanya kepada TVS.

Beliau berkata pemilihan waktu adalah bersesuaian dengan masa individu yang bekerja agar mereka dapat mengikuti latihan-latihan yang ditetapkan.

PSTL juga menerima penyertaan daripada mereka yang berbeza latar belakang seperti pensyarah, cikgu dan penguasa kastam.

Sementara itu, individu yang berminat menyertai PSSTLDM akan menerima pelbagai manfaat termasuk elaun latihan tempatan dengan kadar RM8 hingga RM9 per jam sebagai pendapatan tambahan tidak termasuk elaun pengangkutan.

“Kami (PTSL) turut memberi kemudahan elaun ‘mileage’ dan pelbagai kursus kerjaya yang dianjurkan oleh Markas Pasukan Simpanan TLDM di Sungai Lunchu, Johor dan KD Sri Pinang, Pulau Pinang,” katanya.

Kriteria pengambilan awal bakal pegawai dan perajurit muda PSSTLDM Siri 2/23 tertera di poster di bawah. – TVS

Kelayakan pengambilan awal bakal pegawai dan perajurit muda PSSTLDM, Siri 2/23. Foto: PSTL Kuching

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan