Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Utiliti dan Komunikasi (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi menyaksikan penyerahan dokumen ikrar integriti Jabatan Kehakiman Syarie, Sarawak (JKSS) antara Ketua Hakim Syarie Sarawak, Datu Awang Suhaili Ledi dengan Timbalan Pengarah Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Hasbilah Mohamad Salleh. Foto: TVS.

Pembentukan organisasi berintegriti tanggungjawab semua

KUCHING, 25 Julai: Pembentukan organisasi berintegriti harus bermula daripada orang-orang yang menjadi tunjang operasi kepada organisasi tersebut daripada pengurusan tertinggi hinggalah ke peringkat sokongan.

Timbalan Menteri Utiliti dan Komunikasi (Utiliti), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, golongan itu merupakan penggerak yang melaksanakan dan menjadikan pelan rancangan tersebut mencapai matlamatnya bukannya kekal sebagai sebuah dokumen, buku atau helaian kertas semata-mata.

Katanya, istilah integriti itu sendiri menerapkan konsep amanah sebagai terasnya adalah selari dengan ajaran dalam Islam dan merupakan satu sifat Rasullah SAW.

“Jadi saya percaya, sehebat mana pun kita, jika kita tidak mempunyai integriti kita tidak akan dihormati.

“Namun jika kita mempunyai integriti, sekecil-kecil mana pun sumbangan kita, tetap juga akan diingati,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Perasmian Hari Integriti Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) yang disertai lebih 100 kakitangan jabatan tersebut di sini, hari ini.

Yang turut hadir Ketua Hakim Syarie Sarawak, Datu Awang Suhaili Ledi, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Kebajikan Masjid Negeri Sarawak Datuk Abang Abdul Wahab Abang Julai serta Timbalan Pengarah Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Hasbilah Mohamad Salleh.

Pada majlis sama, Dr. Abdul Rahman turut melancarkan Pelan Tranformasi JKSS 2021-2030 yang antara lain memfokuskan aspek pendigitalan dalam penyampaian perkhidmatan dan menambah baik tadbir urus jabatan berkenaan.

Menurut Dr. Abdul Rahman, proses transformasi tersebut selari dengan pembolehubah dalam Pelan Strategi Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 yang dirancang sebgai usaha pemulihan dan peningkatan ekonomi negeri menjelang 2030.

Katanya, usaha untuk melaksanakan perubahan dalam organisasi bukan satu yang mudah namun jika dilaksanakan dengan perancangan yang baik, perubahan berkenaan akan dapat dicapai. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan