Mangsa terperangkap dalam kebakaran ketika sedang mengumpul bahan api dari lori tangki yang terbabas dan terbalik selepas terlibat dalam kemalangan di bandar Ore Ondo, kata jurucakap polis di Ondo, Funmilayo Odunlami, lapor Xinhua.
Odunlami berkata siasatan polis mengesahkan mangsa sedang “menceduk bahan api dari lori tangki” semasa kebakaran bermula.
Media tempatan melaporkan sekurang-kurangnya 20 orang mati terbakar, dipercayai akibat percikan dari telefon yang dipegang oleh seorang daripada mangsa.
Penduduk tempatan bergegas ke lokasi kejadian sebaik mendengar bunyi dentuman kuat.
Akhbat tempatan Punch yang memetik saksi melaporkan bahawa sekurang-kurangnya tiga kanak-kanak turut terkorban.
Kegiatan mengumpul bahan api dari lori tangki biasa berlaku di Nigeria dan kerap menyebabkan kematian serta kemusnahan. – TVS
Berita Berkaitan

Roket Starship 36 meletup semasa ujian


Israel serang Tehran dan beberapa bandar di Iran

- By Bernama
TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.
Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122
Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment
Telegram: @tvsarawak
TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment
X: @tvsarawak
YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment
WhatsApp: TVS