Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis sedang mengesan seorang lelaki warga asing disyaki menghendap seorang pekerja kedai serbaneka di Taman Sri Serdang dekat sini, seperti yang tular di media sosial baru-baru ini. Foto: PDRM

Polis kesan lelaki warga asing hendap pekerja kedai serbaneka

ByBernama

KUALA LUMPUR, 25 Julai: Polis sedang mengesan seorang lelaki warga asing disyaki menghendap seorang pekerja kedai serbaneka di Taman Sri Serdang dekat sini, seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP A.A. Anbalagan berkata, suspek dikatakan sering memerhati dan mengganggu wanita itu di tempat kerja termasuk pada 22 Julai lepas kira-kira 11 pagi.

Katanya, kejadian hendap itu dipercayai telah bermula sejak awal tahun ini dan menyebabkan emosi pengadu terganggu serta bimbang akan keselamatan dirinya.

“Difahamkan suspek bekerja sebagai pencuci kereta berhampiran tempat pengadu bekerja.

“Suspek dikatakan telah berpindah tempat kerja baharu pada April lepas tetapi masih datang mengganggu pengadu di tempat kerja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anbalagan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 507A Kanun Keseksaan atas kesalahan menghendap yang membawa hukuman penjara hingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan