JAKARTA, 25 Julai: Gempa bumi berukuran 6 magnitud menggegarkan wilayah Pantai Barat Laut Kabupaten Kupang, tepat empat kilometer Barat Laut Timur Amfoang, Kabupaten Kupang, Nusa Tenggara Timur, Indonesia.
Gempa bumi yang berlaku pada 8.52 pagi waktu tempatan itu dirasai dengan kuat sehingga penduduk di kawasan itu panik dan berlari menyelamatkan diri.
Berdasarkan maklumat Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia, pusat gempa dirasai pada kedalaman 67 kilometer dari daratan.
Menurut Ketua Pusat Gempa dan Tsunami BMKG, analisis mekanisme sumber Dr Daryono menunjukkan bahawa gempa bumi itu mempunyai mekanisme sesar biasa atau pergerakan ke bawah.
“Pemantauan kami menunjukkan gegaran agak kuat dalam tempoh tiga hingga lima saat berikutan aktiviti pertembungan plat Indo-Australia dengan plat Eurasia,” katanya dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun, tiada ancaman Tsunami walaupun pusat gempanya berdekatan dengan pantai.
Setakat ini, tiada kerosakan dilaporkan oleh Badan Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) akibat gempa bumi itu. -TVS