Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Roket Falcon 9 milik SpaceX berjaya melancarkan 22 lagi satelit Starlink ke orbit selepas dua pembatalan. Foto: AFP.

SpaceX lancar 22 satelit Starlink ke orbit

ByBernama

MOSCOW, 25 Julai: Roket Falcon 9 milik SpaceX berjaya melancarkan 22 lagi satelit Starlink ke orbit selepas dua pembatalan, umum syarikat angkasa lepas swasta Amerika Syarikat (AS) itu pada Isnin, lapor Sputnik.

“Falcon 9 melancarkan 22 (Starlink) satelit dari SLC-40 (pad pelancaran di hujung utara Cape Canaveral) di Florida,” ciap syarikat itu sambil menambah penempatan semua satelit telah disahkan.

Pelancaran itu pada Ahad ditangguhkan dua kali kerana cuaca buruk.

Starlink ialah rangkaian satelit yang direka untuk menyediakan akses internet jalur lebar ke seluruh dunia.

Setakat kini, terdapat 4,200 satelit Starlink di orbit Bumi sejak projek itu diuruskan pemilik Spacex, Elon Musk sejak 2018. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan