Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Aksi final Piala FA pada Sabtu lepas dicemari dengan insiden penyokong didakwa dipukul JMF. Foto fail Bernama.

Penonton final bola sepak Piala FA patah hidung, dakwa dipukul anggota JMF 

ByDayu Adruce

KUCHING, 24 Julai: Seorang penonton perlawanan akhir bola sepak Piala FA 2023 antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan KL City FC membuat laporan polis mendakwa dipukul oleh anggota Johor Military Force (JMF) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri Johor pada Sabtu. 

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner (ACP) Rahmat Ariffin berkata, mangsa telah pulang ke Kuala Lumpur dan mendapatkan rawatan.

Kata beliau, mangsa ditahan di wad Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).  

“Doktor mengesahkan mangsa mengalami kecederaan patah hidung, pendarahan di kepala dan mata kanan serta lebam seluruh badan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 

Beliau memberitahu, laporan dibuat semalam di Balai Polis Sungai Besi.

Sementara itu Rahmat meminta orang ramai yang melihat kejadian dikehendaki tampil ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri untuk membantu siasatan. 

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan. Sebelum ini tular video menunjukkan penyokong bola sepak di stadium berkenaan diusir keluar oleh beberapa lelaki termasuk yang memakai pakaian seragam ala tentera.

Perlawanan itu menyaksikan JDT muncul selepas menewaskan Kuala Lumpur City FC dengan keputusan 2-0.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan