Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama Roland Duchatelet pada sesi kunjungan hormat di Wisma Bapa Malaysia, di sini, hari ini. Foto: JaPen.

X-FAB hargai peranan Kerajaan Sarawak dalam menyokong operasinya

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 24 Jul: Peranan Kerajaan Sarawak dalam memastikan kejayaan operasi syarikat pembekal semikonduktor, X-FAB Global Service wajar dicontohi negara lain.

Lembaga Pengarah X-FAB Eropah, Roland Duchatelet berkata, kerjasama yang erat sejak mula operasinya di Zon Perindustrian Bebas Samajaya telah banyak membantu dalam pembangunan operasi X-FAB.

“Ini adalah contoh yang sangat baik untuk mana-mana negara bagaimana kerajaan boleh menyumbang.

“Bukan sahaja kepada kekayaan negara, tetapi juga untuk pekerjaan di negara ini dan juga dalam konteks aktiviti antarabangsa yang agak luar biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia, di sini, hari ini.

Ujarnya juga, sumbangan Kerajaan Sarawak dalam X-FAB telah membawa kepada pengurusan syarikat yang cemerlang.

“Kami (X-FAB) mempunyai dua orang ahli lembaga syarikat yang berasal dari Sarawak dan mempunyai kepentingan kira-kira 15 peratus saham syarikat.

“Apa yang menarik ialah mereka bukan hanya menjaga (hal ehwal X-FAB di Sarawak), tetapi mereka juga menunjukkan minat terhadap operasi syarikat kami yang lain di luar negara,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan