Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain Selangor, Brendan Gan (kanan) cuba menghalang kemarahan pemain Sabah, Dominic Tan (kiri0 ketika aksi Liga Super di Petaling Jaya, malam tadi. Foto Selangor FC.

Rodriguez wira Selangor FC lunas dendam ke atas Sabah FC

ByBernama

KUALA LUMPUR, 23 Julai; Selangor FC terus mengukuhkan kedudukan untuk mencabar kejuaraan Liga Super musim ini selepas berjaya membalas dendam terhadapĀ Sabah FC dengan kemenangan 1-0 pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam ini.

KemenanganĀ itu menyaksikanĀ skuad Gergasi Merah bimbingan Tan Cheng HoeĀ mengumpul 40 mata dan dibezakanĀ sembilan mata dengan pendahulu yang juga penyandang juara,Ā Johor Darul Taā€™zim (JDT) sementara enam mata di atas pasukan di posisi ketiga, Kedah Darul Aman FC.

Pada pertembungan malam ini, penyerang import dari Colombia,Ā Ayron Del ValleĀ Rodriguez muncul wira Selangor selepas menjaringkan gol tunggalĀ perlawanan pada separuh masa pertama untuk menghadiahkan kemenangan ke-13 pasukan musim ini.

Selangor yang lebih mendominasi permainan tidak bernasib baik untuk mendahului seawal minit ketujuh selepas pemain pertahananĀ Dominic Tan hampir menjaringkan gol sendiri apabila tandukannya ketika cuba mengeluarkan bola sedikit tersasar tatkala penjaga gol Damien Lim sudah tertewas.

Asakan bertali arus dilancarkan pasukan tuan rumah akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-23 selepasĀ Rodriguez yang menerima hantaran Richmond Boakye, melepaskan rembatan kencang kaki kanan yang menyaksikan bola terkena palang sebelum menerjah jaring.

Hasrat Rodriguez untuk meledak jaringanĀ peribadi keduanya tidak kesampaian apabilaĀ Dominic berjayaĀ menanduk keluar bola di atas garisan gol percubaanĀ dari luar kotak penalti beliau pada minit ke-44, apabila Damien berada jauh dari gawang ketika cuba menghalang gerakan serangan Selangor.

Pada separuh masa kedua, skuad Sang BadakĀ bangkit memperkemasĀ permainan dalam usaha memburu gol penyamaan danĀ gawang Selangor cemas seketika selepas percubaan pemain tengah Kwang Min Ko dari luar kotak penalti menggegar palang pada minit ke-51.

Bagaimanapun, palang menjadi penyelamat Sabah apabila menafikan peluang jaringan Selangor sebanyak empat kali dalam tempoh 20 minit terakhir perlawanan bermula dengan tandukan pemain pertahanan Muhammad Safuwan Baharudin yang menyambut hantaran sepakan percuma pada minit ke-72.

Boakye dan pemain gantian Yazan Al-ArabĀ turut menyaksikan percubaanĀ masing-masing secara berturut-turut dari jarak dekat terkena palang pada minit ke-84 sebelum Muhammad Safuwan sekali lagi gagal menanduk tepat bolaĀ sepakan percuma Mohamad Faisal Abdul Halim pada minit ke-88.

KejayaanĀ ini menyaksikan Selangor berjaya melunaskan dendam kekalahan 1-2 di tangan Sabah pada pertemuan Liga Super di Stadium Likas, Kota Kinabalu, April lepas, selainĀ menamatkan rentak cemerlang anak buah Datuk Ong Kim Swee yang meraih tiga mata dalam tiga aksi terakhir sebelum ini.

Selangor akan membuat perhitungan menentang JDT di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor Sabtu ini manakala Sabah akan bertemu Penang FC diĀ Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada Ahad. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan