Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suspek dikatakan mengesyorkan syarikat milik ibu bapanya, yang diuruskan oleh isterinya, bagi mendapatkan perolehan kerja di sebuah jabatan kerajaan di Terengganu sejak 2019. Foto hiasan: TVS

SPRM tahan pegawai awam negeri dan isteri, disyaki salah guna kuasa di Terengganu

ByBernama

KUALA TERENGGANU, 23 Julai: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai awam negeri dan isterinya, a kerana disyaki menyalahgunakan jawatan untuk mendapat perolehan kerja yang mencecah ratusan ribu ringgit.

Suspek dikatakan mengesyorkan syarikat milik ibu bapanya, yang diuruskan oleh isterinya, bagi mendapatkan perolehan kerja di sebuah jabatan kerajaan di Terengganu sejak 2019.

Menurut sumber, suspek pertama yang merupakan seorang pegawai awam negeri berusia lewat 30-an ditahan kira-kira 6 petang tadi, manakala isterinya yang berusia 40-an ditahan kira-kira 3.30 petang di pejabat SPRM Negeri Terengganu, ketika hadir memberi keterangan.

Sumber itu berkata dalam operasi hari ini juga SPRM berjaya merampas beberapa kenderaan mewah milik pasangan tersebut yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes yang disiasat dan kesemuanya dianggarkan bernilai lebih RM100,000.

Katanya kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu esok bagi mendapatkan permohonan reman.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009 dan siasatan menyeluruh akan dijalankan dengan kemungkinan suspek juga terlibat dengan kerja-kerja perolehan yang lain.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan