Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika hadir pada Majlis Pembukaan Kejohanan Bonsai dan Suiseki Sarawak 2023 di Kota Samarahan, hari ini. Foto: Hafeezzur Muzamir (TVS).

Kerajaan Sarawak sokong Kejohanan Bonsai dan Suiseki dijadikan acara antarabangsa

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 23 Julai: Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak bersedia membantu Persatuan Bonsai Sarawak menjadikan Kejohanan Bonsai dan Suiseki Terbuka Sarawak sebagai acara bertaraf antarabangsa.

Menterinya, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, bantuan itu termasuklah bentuk kewangan, kemudahan lokasi dan perkara berkaitan.

Kata beliau, sekiranya menjadi acara antarabangsa, penyertaan oleh peserta luar negara tidak menjadi masalah namun peraturan tempatan perlu dipatuhi.

“Pihak berkuasa tempatan yang berkaitan mempunyai syarat kuarantin sekiranya mahu membawa masuk tanaman dari luar Sarawak.

“Perkara ini turut terpakai kepada mereka yang menyertai kejohanan.

“(Buat masa ini) kita akan menunggu maklum balas daripada Persatuan Bonsai Sarawak kerana mahu memudahkan hasrat mereka untuk menjadikan pertandingan ini sebagai acara berprestij bertaraf antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pembukaan Kejohanan Bonsai dan Suiseki Sarawak 2023 di Kota Samarahan di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Eksekutif Hong Seng Lee (HSL), Tony Yu.

Kejohanan itu menyaksikan seramai 22 pemenang menerima pengiktirafan dalam kategori masing-masing, manakala bagi anugerah berprestij dirangkul oleh empat penerima.

Empat kategori berprestij merangkumi anugerah paling berpotensi Johnson Jong, anugerah HSL dirangkul oleh Lee Kuok Hua manakala anugerah persembahan terbaik dan anugerah paling kreatif dimenangi Wong Teck Choi.

Mengulas lanjut, Abdul Karim berkata, kementeriannya mahukan lebih peserta luar dari Singapura, Indonesia, Thailand, Taiwan, Jepun dan Korea Selatan datang ke sini membawa pokok bonsai mereka untuk menyertai pertandingan.

“Ini merupakan salah satu cara untuk memperkasa sektor pelancongan di Sarawak,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan