Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin (kiri) menunjukkan dadah disyaki jenis heroin yang dirampas pihaknya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang hari ini. Foto: TVS.

Edar, proses dadah, dua penganggur diberkas

GEORGE TOWN, 23 Julai: Satu sindiket pengedaran dan memproses dadah tumpas selepas dua lelaki ditahan polis di hadapan sebuah restoran di daerah Seberang Perai Selatan dekat sini, kelmarin.

Suspek berusia 27 dan 30 tahun itu ditahan ketika berada di dalam sebuah kereta di kawasan parkir kira-kira pukul 10 malam bersama sejumlah dadah bernilai RM135,250.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, hasil tangkapan itu, pihaknya turut berjaya membongkar satu makmal memproses dadah dalam serbuan di sebuah rumah kosong di Bandar Baharu, Kedah semalam.

“Polis merampas 22 bungkus lutsinar dadah disyaki haroin seberat 10 kilogram bernilai RM134,000 dan satu paket lutsinar dadah jenis syabu seberat 6.25 gram bernilai RM1,250.

“Selain itu pelbagai peralatan memproses dadah turut dirampas bersama 1.28 kilogram (kg) serbuk putih disyaki kafein bernilai RM435,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini hari ini.

Tambah Kok Chin, siasatan lanjut mendapati kedua-dua suspek yang menganggur itu bergiat aktif dalam kegiatan itu sejak awal tahun ini.

“Suspek masing-masing didapati mempunyai lapan dan 14 rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah.

“Ujian saringan air kencing mendapati mereka positif methamphetamine dan amphetamine,” ujarnya lagi.

Kata beliau, suspek direman selama seminggu sehingga 28 Julai depan bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan