KUCHING, 23 Julai: Sambutan sempena 60 Tahun Sarawak Merdeka atau Hari Sarawak 2023 melabuhkan tirai dengan meriah di Padang Merdeka di sini semalam, dengan Konsert Rakyat yang menerima kehadiran kira-kira 30,000 pengunjung.
Konsert Rakyat tersebut bermula kira-kira jam 8.30 malam dengan menghimpunkan pelbagai artis popular tanah air serta antarabangsa.
Malam tersebut dimulakan dengan persembahan kumpulan nanyian Floor 88 dan diikuti dengan Dolla yang masing-masing membawakan lagu popular mereka.
Diikuti dengan persembahan Joe Fillzow yang menggegarkan pentas dengan lagu popularnya, Sampai Jadi, Apa Khabar dan SMDT, konsert diteruskan dengan Dato Awie yang tampil menyanyikan tiga lagu.
Malam sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka turut dimeriahkan dengan kemunculan kumpulan popular dari Indonesia, Ungu yang menghimpunkan sebanyak 12 lagu termasuklah lagu sensasi, Tercipta Untukku, Kekasih Gelap dan Demi Waktu.
Lebih menarik, pengunjung turut menyaksikan pertunjukan bunga api di kemuncak acara itu.
Berikut merupakan gambar-gambar sepanjang Konsert Rakyat malam tadi.