Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Vokalis Ungu, Pasha (dua,kanan) beramah mesra dengan Konsul General Indonesia ke Sarawak, Bapak Raden Sigit Witjaksono dan Timbalan Menteri Perlancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Snowdan Lawan (kanan). Foto: TVS

Ungu teruja ubat rindu peminat di Konsert Rakyat malam ini

KUCHING, 22 Julai: Hampir sedekad selepas kali terakhir membuat persembahan di Sarawak iaitu pada 2016, kumpulan Ungu bergitu teruja untuk bertemu dengan peminatnya di Bumi Kenyalang.

Ungu yang dianggotai oleh Pasha sebagai Vokalis, Enda (pemain gitar), Oncy, (pemain gitar), Makki (bass) dan Rowman (drum) bakal mendendangkan 10 lagu yang pernah dipopularkan oleh kumpulan itu termasuk lagu ‘Kekasih Gelapku’ dan ‘Demi Masa’.

Menurut Pasha, setelah tujuh tahun mereka kini kembali mengadakan persembahan di Kuching iaitu pada Konsert Rakyat sempena Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka di Padang Merdeka malam ini.

“Konsert ini yang kami tunggu-tunggu kerana pengalaman kami di Sarawak tujuh tahun lalu…sambutan peminat di sini terhadap Ungu sungguh luar biasa sekali.

“Situasi ini membuatkan kami rindu untuk kembali semula membuat persembahan di Sarawak bagi membayar rindu selama tujuh tahun itu.

“Mudah-mudahan konsert itu nanti kita boleh menyanyi bersama-sama khususnya lagu ‘Kekasih Gelapku,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan bersama Konsul General Indonesia ke Sarawak, Bapak Raden Sigit Witjaksono di sini hari ini.

Pasha berkata, pemilihan lagu-lagu yang akan didendang pada konsert rakyat itu adalah berdasarkan kajian mereka mengenai lagu-lagu kumpulan Ungu yang diminati oleh orang Sarawak menerusi siaran radio.

Menurutnya lagu ‘Kekasih Gelapku’ menjadi pilihan utama selain beberapa lagu lain antara ‘Cinta dalam Hati’, ‘Hampa Hatiku’ dan ‘ Percaya Padaku’.

Sementara itu, Timbalan Menteri Perlancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Snowdan Lawan berkata, selain Ungu, turut membuat persembahan di konsert berkenaan adalah Dato Awie, Dolla dan Jeo Flizzow dan Floor 88.

Konsert Rakyat itu menampil tiga segmen iaitu segmen pertama menampilkan artis tempatan Sarawak, manakala segmen kedua pula menampilkan artis-artis terkenal tanah air dan kemuncaknya persembahan daripada kumpulan Ungu yang didatangkan khas dari Indonesia oleh Majlis Seni Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan