Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Gerald Rentap Jabu ketika menyempurnakan simbolik pelancaran Program Sarawak X-Tive peringkat bahagian Kuching di Dewan Suarah Kuching pada Jumaat. Foto: TVS.

Perkhidmatan, penggunaan Dewan Suarah Kuching akan ditambah baik

KUCHING, 22 Julai: Kerajaan Sarawak menerusi Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan akan menambahbaik perkhidmatan dan penggunaan Dewan Suarah Kuching sebagai pusat riadah awam.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Gerald Rentap Jabu berkata, perkara itu telah diusulkan semasa sesi perbincangan baru-baru ini termasuk menentukan semula hala tuju dan peranannya.

“Kita mahu menentukan semula tujuan Dewan Suarah ini, kita ada ‘lab’ minggu lalu dan salah satunya ialah untuk menentukan hala tuju untuk menambahbaik perkhidmatan dan menggunakan dewan ini sebagai satu tempat untuk semua.

“Sebagai pusat untuk beriadah, bersukan dan pertemuan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Sarawak X-TIVE Peringkat Bahagian Kuching di Dewan Suarah Kuching pada Jumaat.

Dalam majlis sama, beliau mahu rakyat di negeri ini kekal aktif dalam apa juga aktiviti riadah yang tidak hanya memberi kesan positif kepada kesihatan fizikal tetapi mental dan emosi.

Katanya, ia terutama ketika pandemik COVID-19 yang banyak memberi implikasi terhadap kesihatan mental.

“Dari segi mental pun kita perlu sihat, sebagai contoh warga emas mungkin boleh bermain catur, mahjong dan sebagainya bagi membuka minda dengan lebih aktif.

“Ekoran daripada pandemik sebelum ini, banyak timbul masalah kesihatan dari segi mental, selain fizikal,” katanya.

Untuk rekod Sarawak X-Tive telah dilancarkan secara rasmi oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 5 Mac tahun lalu.

Ia menggariskan beberapa objektif utama termasuk membudayakan sukan untuk kesejahteraan dan kesepaduan rakyat Sarawak selari dengan visi ‘Sport For All By 2030’.

Dalam pada itu, Sarawak X-Tive turut mensasarkan peningkatan kualiti kesejahteraan hidup dengan strategi penggalakan dan pembudayaan nilai murni dan gaya hidup aktif komuniti Sarawak.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan