KUCHING: Tidak timbul isu penerima vaksin yang telah diberikan temu janji untuk membatalkan hasrat mereka pada saat-saat akhir.
Ketua Komander Pusat Pemberian PPV Konvensyen Borneo Kuching BCCK Dr Cheong Yaw Liang berkata kesemua yang telah mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin AstraZeneca secara sukarelawan telah memberikan kerjasama yang positif.
“Orang yang tidak nak pada saat-saat akhir tidak ada.. tapi ada yang tidak dapat hadir seperti keadaan tengah menjalani kuarantin, sakit dengan mempunyai masalah seperti kereta rosak ada”.
Menurut Dr Cheong tempoh percubaan tiga hari yang bermula pada Isnin itu nyata telah memberi kelebihan buat agensi yang terlibat dalam membantu kelancaran program Imunisasi COVID-19 di PPV itu.
“Ini kerana isu kesesakan penerima yang datang di ppv tersebut dapat diatasi meskipun menerima 3000 penerima suntikan dalam tempoh satu hari.” katanya ketika ditemui pada hari keempat di PPV BCCK kuching pada Khamis.
Dalam pada itu jelas terpancar kecerian pada wajah-wajah penerima.
Ini kerana ada yang menganggap penerimaan suntikan vaksin adalah ikhtiar terbaik sekaligus mampu mengurangkan penularan jangkitan kepada masyarakat sekeliling.