Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Artis popular K-Pop, Jung Ji-hoon atau lebih dikenali sebagai Rain diumum sebagai bintang utama AIFFA 2023. Foto: @rain_oppa (IG)

Artis K-Pop Rain, bintang utama AIFFA 2023

ByTVS

KUCHING, 21 Julai: Rain, artis K-Pop dari Korea Selatan, diumumkan sebagai bintang utama ke Festival Filem Antarabangsa Asia (AIFFA) di sini pada Ogos ini.

Pengumuman Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah mengenai Rain malam tadi pasti menggembirakan para peminat K-Pop tempatan.

“Bintang utama bagi AIFFA 2023 ialah tak lain dan tak bukan Rain,” katanya pada majlis tayangan perdana filem Sumpahan Jerunei di sini, malam tadi.

Rain, 41, atau nama sebenarnya Jung Ji-Hoon sehingga kini masih aktif dalam karier lakonannya dan menjadi antara pilihan utama membintangi drama Korea.

120 filem negara anggota ASEAN sertai AIFFA 2023

Bermula sebagai penyanyi sebelum beralih kepada lakonan dengan drama pertamanya ‘Full House’ pada 2004 bersama Song Hye-Kyo, populariti Rain terus memuncak.

Bapa kepada dua anak ini dikatakan antara pelakon lelaki Korea Selatan yang menerima bayaran tinggi sekali gus memberikan gambaran kedudukan kukuh Rain sebagai pelakon terkenal tidak tergugat walaupun dengan kehadiran bakat baharu.

120 filem negara anggota ASEAN sertai AIFFA 2023

Edisi keenam AIFFA 2023 akan berlangsung bermula 2 hingga 4 Ogos, menyaksikan 17 kategori dipertandingkan meliputi semua aspek utama bidang kreatif dan teknikal penghasilan filem. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan