Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarjan Major, Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Sarjili Morshidi ketika ditemui TVS di raptai penuh Perhimpunan dan Perarakan Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka pada Khamis.

Pancaragam DBKU mainkan lagu Perajurit Tanah Air, Gagah Setia, Sabtu ini

ByCheryl Syahmina Toh

KUCHING, 20 Julai : Pasukan pancaragam Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) memainkan beberapa lagu patriotik ‘evergreen’ pada perhimpunan dan perarakan Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka, Sabtu ini.

Sarjan Major DBKU, Sarjili Morshidi berkata antara lagu pancaragam berkenaan adalah lagu Perajurit Tanah Air dan lagu Gagah Setia.

“Lagu-lagu ini memberi inti pati semangat pejuang-pejuang tanah air kita yang terdahulu,” katanya ketika ditemui TVS di Padang Merdeka, di sini pada Khamis.

Pertama Kali menyertai perarakan pada kali ini, Sarjili dalam pada itu menzahirkan rasa bangganya menjadi sebahagian lakaran sejarah pada 22 Julia ini.

“Perarakan ini merupakan suatu pengalaman yang amat bermakna.

“Saya telah berkhidmat dengan DBKU sejak tahun 1992, dan bagi saya (perarakan ini mempamerkan) Sarawak merupakan sebuah negeri yang aman dengan masyarakat yang berbilang kaum.

“Oleh itu, Saya ingin berpesan kepada anak muda…hargailah keamanan kita yang ada,” ujarnya.

Sebanyak 75 kontinjen bakal memeriahkan perhimpunan dan perarakan Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka yang bakal disemprunakan Premier Sarawak Datuk Patinggi tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Sabtu ini.

Antara aktiviti lain yang turut berlangsung adalah Konvoi Kembara Sarawak Merdeka, Pameran Digital Sarawak 60 Tahun dan Majlis Kesyukuran Perdana. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan