Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin. Foto TVS.

Pengambilalihan RAS peluang Sarawak naik taraf jaringan di udara – Lee

KUCHING, 20 Julai: Pengambilalihan Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) oleh Sarawak menaiktaraf jaringan pengangkutan udara di kepulauan Borneo terutamanya di negeri ini, kata Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Lee Kim Shin.

Beliau menyatakan lanskap Sarawak yang luas perlu disesuaikan dengan bentuk perkhidmatan yang dapat menghubungkan para rakyatnya tanpa mengira lokasi mereka berada.

Menurutnya menerusi pengambilalihan perkhidmatan tersebut menjadikan Sarawak berupaya memberikan penduduk di kawasan terlibat akses kemudahan dan kesinambungan kepada dunia luar yang lebih luas.

“Kecekapan operasi adalah aspek penting dalam pengambilalihan ini. Kami berhasrat untuk mengoptimumkan, memodenkan dan menaiktaraf infrastruktur sedia ada serta melaksanakan teknologi termaju.

“Ini akan mengakibatkan pengurangan kos, masa pemulihan yang lebih baik dan standard keselamatan penerbangan yang dipertingkatkan.

“Hasilnya, RAS akan menjadi lebih lancar dan efisien sekali gus menjamin keperluan pengangkutan masyarakat luar bandar kita dipenuhi dengan berkesan dan cekap,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Pegambilalihan Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) antara Kerajaan Sarawak dengan Kerajaan Persekutuan di sini, pada Khamis.

Beliau dalam pada itu menambah antara faedah penting daripada pengambilalihan tersebut ialah menggalakkan pelancongan dan merangsang pertumbuhan ekonomi negeri ini.

Katanya, penambahbaikan terhadap perkhidmatan itu bukan sahaja akan meningkatkan ketibaan pelancong tetapi juga mewujudkan peluang ekonomi untuk komuniti tempatan.

“Peningkatan dalam pelancongan akan memberi kesan yang positif kepada pelbagai sektor, termasuk hospitaliti, peruncitan, dan pengangkutan, yang membawa kepada penciptaan pekerjaan dan kemakmuran serta kelestarian ekonomi,” tegasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan