Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan. Foto Envato

Wanita rugi setengah juta ditipu sindiket pelaburan dari media sosial

ByTVS

KEPALA BATAS, 20 Julai: Seorang wanita kerugian RM512,244 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan wang dari media sosial.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Asri Shafie berkata peniaga kedai makan berusia 54 tahun itu mula terjerat selepas diperdaya dengan satu iklan berkaitan pelaburan saham di Facebook pada 22 Mei lalu.

Menurutnya mangsa telah menghubungi ejen syarikat sebelum diberi penerangan berhubung pelaburan saham yang ditawarkan.

Ujar beliau, mangsa telah bersetuju bagi menyertai pelaburan dan mendaftarkan maklumat menerusi satu laman web yang diberikan.

“Bermula 20 Jun hingga 5 Julai lalu, wanita itu telah melakukan 20 transaksi pindahan wang berjumlah RM512,244 ke dalam lapan akaun bank syarikat pelaburan itu.

“Mangsa kemudian mendapati pelaburan yang disertainya telah menjana untung kira-kira RM400,000 menerusi paparan dalam akaunnya,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tambah Mohd Asri, wang keuntungan dan modal yang disertai mangsa bagaimanapun tidak dapat dikeluarkan susulan itu dia tampil membuat laporan polis semalam.

“Dia mengesyaki telah ditipu apabila ejen pelaburan tersebut telah menghilangkan diri.

“Laman web yang dijadikan sebagai platform pelaburan juga gagal diakses oleh mangsa,” ujarnya.

Mohd Asri mendedahkan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan