Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
(Dari kiri) Timbalan Pengarah Urusan CCB Malaysia, Chelsea Ma Yan, Ketua Pegawai Eksekutif UOB Malaysia, Ng Wei Wei, Ketua Pegawai Eksekutif Metro Sarawak, Mazli Mustaffa, Pengerusi SEDC dan Metro Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPMB, Roni Abdulwahab dan Ketua Pegawai Eksekutif EMGJV, Chan Chee Kian. - Foto ihsan: Sarawak Metro

BPMB, UOB, CCB sedia pembiayaan RM264.5 juta bagi ART Kuching

ByDayu Adruce

KUCHING, 21 Julai: Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB), UOB Malaysia dan China Construction Bank (Malaysia) Berhad (CCB Malaysia) akan menganjurkan program sindikasi bagi melanjutkan kemudahan pembiayaan kepada EPR Mobilus GR JV Sdn Bhd (EMGJV). 

Menerusi kenyataan media bersama, tiga pihak berkenaan berkata pakej RM264.5 juta itu adalah untuk membiayai pelaksanaan projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) Fasa 1. 

EMGJV merupakan kontraktor lantikan Sarawak Metro Sdn Bhd, anak syarikat Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) yang membangunkan Transit Aliran Autonomi (ART) berkuasa hidrogen di Kuching dan Kota Samarahan.

Pelaksanaan projek itu membabitkan Laluan Biru (dari Rembus di Kota Samarahan ke Hikmah Exchange di pusat bandar Kuching), Laluan Merah (dari Kuching Sentral ke Pending) dan Laluan Hijau (dari Pending ke Damai Central). 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPMB, Roni Abdulwahab berkata, projek tersebut sejajar dengan matlamat BPMB bagi menzahirkan modal impak untuk pembangunan negara.  

Jelasnya, BPMB berperanan dalam memberi sokongan projek infrastruktur nasional yang strategik sejak 50 tahun yang lalu. 

“BPMB menyokong sepenuhnya matlamat kerajaan Sarawak dan bersedia untuk menjadi sebahagian daripada matlamat tersebut,” ujarnya. 

Tambahnya lagi, KUTS akan menampilkan kereta api ART inovatif yang menggunakan teknologi pengecaman optik termaju, membolehkannya beroperasi pada lorong tanpa landasan khusus, tanpa memerlukan rel keluli fizikal, dan dikuasakan oleh sel bahan api hidrogen. 

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif UOB Malaysia Ng Wei Wei turut menzahirkan rasa bangganya kerana menjadi sebahagian daripada projek penting ini. 

“Sarawak berpotensi dalam mendahului peralihan ke arah ekonomi hijau, bernilai tinggi dan UOB akan terus menyokong pelaksanaan program ini,” ujarnya. 

Timbalan Pengarah Urusan CCB Malaysia Chelsea Ma Yan berkata, CCB Malaysia juga berdedikasi untuk menyediakan perkhidmatan kewangan yang lebih komprehensif untuk industri di Sarawak, bagi menyokong aspirasi Sarawak untuk menjadi negeri maju menjelang 2030.   

Projek tersebut dijadualkan melakukan ujian perintis menjelang suku ketiga 2023, dan merancang untuk memulakan operasi penuh secara berperingkat menjelang suku keempat 2025.  

Setelah beroperasi, setiap tren ART boleh membawa sehingga 300 penumpang merentasi jajaran Fasa 1 KUTS sepanjang 69.9km meliputi kawasan metropolitan Kuching dan Greater Kuching. – TVS 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan