Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Calvina (kiri) salah seorang plaintif yang menang dalam kes saman terhadap gurunya di Sabah. Foto Facebook Calvina.

Pelajar menang saman guru ponteng mengajar bersyukur dapat keadilan

ByDayu Adruce

KUCHING, 20 Julai: Calvina Angayung, bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taun Gusi, Kota Belud, Sabah yang menang dalam kes saman terhadap bekas guru bahasa Inggerisnya bersyukur dengan keputusan berkenaan.

Calvina berkata, perjuangan bersama dua lagi rakannya selama enam tahun telah membuahkan hasil namun kejadian itu masih segar dalam ingatannya.

“Kami merupakan mangsa ketidakadilan guru sehingga gagal dalam peperiksaan Bahasa English dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Terima kasih kepada saksi-saksi, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), aktivis, ibu bapa, rakan-rakan serta masyarakat yang selalu memberikan sokongan,” tulisnya menerusi hantaran di Facebook semalam.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menganugerahkan ganti rugi berjumlah RM150,000 kepada tiga bekas pelajar SMK Taun Gusi yang memfailkan saman terhadap guru mereka, Mohd Jainal Jamran kerana gagal mengajar mereka dalam kelas bahasa Inggeris antara Mac hingga November 2017.

Turut dinamakan sebagai defendan, pengetua SMK Taun Gusi ketika itu Suid Hanapi, Ketua Pengarah Pendidikan, Menteri Pendidikan dan Kerajaan Malaysia.

Hakim Leonard David Shim berkata, plaintif berjaya membuktikan kes berdasarkan keseimbangan kebarangkalian.

Selain Calvina, saman itu turut difailkan oleh Rusiah Sabdarin dan Nur Natasha Allisya Hamali yang juga bekas pelajar sekolah berkenaan.

Sementara itu, Calvina berkata, keputusan berkenaan membuktikan bahawa sistem perundangan negara masih dapat memberikan keadilan kepada setiap individu.

“Saya berharap kes ini juga dapat menjadi motivasi untuk mereka yang masih lagi mahu berdiam diri terhadap ketidakadilan,” tulisnya. -TVS 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan