Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

9A SPM: HADIAH HARI LAHIR TERBAIK ANAK UNTUK IBU TUNGGAL

ByMadeline Dugat

KUCHING, JUN 10: Seorang ibu tunggal bakal menerima hadiah hari lahir paling bermakna apabila anaknya mencapai keputusan cemerlang dengan mendapat 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Bagaimanapun, Elzirrea Elmiricquea, 18,  memilih untuk menunggu ibunya pulang dari kerja kerana mahu membuat kejutan atau  “birthday surprise”.

“Saya tidak mampu membeli hadiah hari lahir untuk ibu namun saya percaya hadiah saya ini dapat menggembirakan ibu lebih daripada hadiah yang dibeli dengan wang ringgit.

“Memang saya sangat gembira kerana tidak menghampakan ibu malah menjadi harapan keluarga,” kata pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuching ini yang ditemui TVS sejurus menerima keputusan tersebut.

Elzirrea  teruja melihat keputusan SPMnya berulang kali melalui telefon pintarnya.

Ibunya yang merupakan seorang jururawat di klinik berdekatan rumahnya di Flat Perumahan Awam MINDEF di Batu Enam di sini.

Menurut Elzirrea, ibunya membesarkan Elzirrea  dan abangnya, Ervellior Zellwegger, 21, seorang diri selepas bercerai dengan ayahnya ketika mereka masih kecil.

“Ini sahaja yang mampu saya beri sebagai balasan pengorbanan ibu membesarkan kami seorang diri demgan wang gajinya sebagai jururawat dan terpaksa hidup dengan apa yang ada.

“Banyak yang terpaksa saya harungi untuk belajar dan mencapai keputusan ini termasuklah kekangan tiada talian Internet yang laju untuk belajar atas talian sepanjang PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) sepanjang musim Covid-19 ini.

“Sebenarnya saya hampir berputus asa namun kini saya lega tidak menyerah kalah dan terus berjuang belajar setiap hari di rumah untuk menghadapi SPM,” katanya.

Elzirrea yang mengambil 10 matapelajaran mendapat A+ dalam hampir setiap iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik, Pendidikan Seni; manakala A dan A- untuk Kimia, Biologi, Fizik dan hanya satu B untuk subjek Matematik Tambahan.

Beliau mendedahkan yang beliau sebenarnya tidak dapat tidur nyenyak semalaman kerana berdebar menunggu keputusan dan menggigil menunggu keputusan.

Elzirrea  yang bercita-cita menjadi seorang pendidik juga turut melahirkan rasa syukur mempunyai rakan-rakan yang banyak membantu dan mendorong beliau berjaya.

Tags: #ib

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan