Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Siaran media polis mengenai penemuan mayat di Bintulu semalam. Foto IPD Bintulu.

Mayat reput ditemukan berhampiran tempat buang sampah di Bintulu

BINTULU, 19 Julai: Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan dalam keadaan reput berhampiran tempat pembuangan sampah di sebuah kilang di Estet Perindustrian Kemena di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Batholomew Umpit berkata, penemuan itu dilaporkan oleh orang awam pada pukul 3.10 petang.

“Polis percaya mangsa telah meninggal dunia beberapa hari lepas.

“Pemeriksaan polis mendapati tiada unsur-unsur jenayah dan mayat telah dihantar ke Hospital Bintulu untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi kerana dikhuatiri boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

“Sekiranya ada yang kehilangan ahli keluarga, mereka diminta membuat laporan polis atau menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Amir Youb Bahari di talian 013-5653756 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu di talian 086-318304,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan