Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Peserta menyanyikan beberapa buah lagu di bawah Konduktor Muzik George Tay Wee Yang sempena program hari ini. Foto: TVS.

Bengkel koir dan nyanyian anjuran KCFCA satukan rakyat Sarawak pelbagai kaum

KUCHING, 19 Julai: Penganjuran bengkel koir dan nyanyian pada program The Choir & Singing Live Performances anjuran Kuching City First Choir Association (KCFCA) mampu menyatukan rakyat Sarawak pelbagai kaum.

Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Kho Teck Wan berkata, ini terbukti dengan penglibatan kaum bukan Cina pada bengkel yang berlangsung hari ini.

Katanya lagi penglibatan kaum lain antaranya Melayu dan Iban membuktikan perpaduan rakyat Sarawak bagi menjayakan aktiviti yang diadakan.

“Saya percaya melalui penganjuran program ini, kita akan mempelajari tentang satu sama lain termasuk budaya.

“Perpaduan (dan kejayaan) pasti gagal dicapai sekiranya hanya menggunakan idea satu bangsa sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan acara berkenaan yang dianjurkan dengan kerjasama Sekolah Menegah Chung Hua No. 1 hari ini.

Turut hadir, Pengerusi KCFA, George Tay Wee Yang, Presiden Alumni Koir Sekolah Menengah Chung Hua No. 1 Chan Siong Cheng dan Pengetua Sekolah Menengah Chung Hua No. 1 Yap Chong Gua. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan