Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Fadillah Yusof (tengah) ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Bil 1/2023 di Bangunan Perdana Putra hari ini. Foto Bernama.

MA63: 55 Lot tanah milik Sabah, Sarawak dikembalikan – TPM Fadillah

ByBernama

PUTRAJAYA, 18 Julai: Kerajaan Persekutuan bersetuju mengembalikan semula 55 daripada 224 lot tanah yang telah diperolehi daripada kerajaan Sabah dan Sarawak selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata, ia melibatkan 52 lot tanah milik Sarawak dan tiga milik Sabah.

Katanya, kedua-dua kerajaan negeri berkenaan akan membayar semula kepada Kerajaan Persekutuan jumlah pampasan yang telah dibayar pada harga  ketika Kerajaan Persekutuan mengambil alih anah berkenaan.

“Banyak lot tanah di Sabah dan Sarawak yang diperolehi Kerajaan Persekutuan namun tidak dibangunkan dan dengan pengembalian tanah tersebut, kedua-dua negeri terbabit sekurang-kurangnya akan dapat memajukan kawasan tanah itu. 

“Tanah ini tidak lagi digunakan oleh Kerajaan Persekutuan tapi tanah itu menjadi terbiar…bagi sudut keselamatan, kesihatan dan sebagainya,  ia perlu diserah balik kepada kerajaan negeri (Sabah dan Sarawak),” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatakuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Bil 1/2023, di sini, hari ini.

Fadillah, yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, berkata setakat ini, Sarawak mengemukakan sebanyak 219 lot tanah yang harus dikembalikan semula manakala Sabah pula lima lot tanah.

Tanpa memperincikan keluasan keseluruhan 55 lot tanah itu, beliau, bagaimanapun, berkata pengembalian tanah tersebut meliputi tanah yang tidak dimajukan dalam tempoh lima tahun. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan