Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar bersama kakitangan DUN Sarawak menyambut ketibaan Konvoi Kembara Sarawak Merdeka di Bangunan Dewan DUN Sarawak di sini, hari ini. Foto: Hafeezzur Muzamir (TVS)

Konvoi Kembara Sarawak Merdeka tiba di Kuching

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 18 Julai: Konvoi Kembara 60 Tahun Sarawak Merdeka yang bermula pada 28 Mei lepas di Bahagian Limbang tiba di Bahagian Kuching hari ini.

Ini bermakna konvoi sejauh 3,516 kilometer (km) semakin menghampiri penamatnya sebelum sambutan Hari Sarawak pada 22 Julai depan.

Di pusat bandar, konvoi yang diketuai oleh Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak sempat singgah di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Ketibaan mereka disambut meriah oleh Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar bersama kakitangannya.

Sebelum itu pasukan konvoi turut singgah di Wisma Bapa Malaysia.

Atur cara konvoi juga melibatkan kunjungan ke Bangunan Baitulmakmur (MASJA) sebelum berakhir di Majma Mall.

Pada Khamis, konvoi akan menyambung perjalanan ke Bau, Lundu dan Teluk Melano. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan