Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah JBPM Sarawak menerangkan Datu Khirudin Drahman @ Hussaini(kanan) menerangkan replika patung bomba yang dihasilkan menerusi barangan terbuang kepada Ketua Pengarah JBPM, Dato Abdul Wahab Mat Yassin. Foto: TVS.

JBPM jadikan dua helikopter sebagai ambulans udara

KUCHING, 18 Julai: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menukar fungsi dua unit helikopter kepada ambulans udara.

Ketua Pengarah JBPM Dato Abdul Wahab Mat Yassin berkata, inisiatif berkenaan membolehkan jabatan itu menyediakan perkhidmatan kecemasan menyeluruh yang bukan sahaja tertumpu kepada operasi pemadaman kebakaran dan penyelamatan tetapi juga aspek penghantaran pesakit ke hospital.

Menurutnya, JBPM kini sedang dalam proses perbincangan dengan agensi terlibat termasuk Kementerian Kesihatan berkenaan keperluan berkaitan perlaksanaan ambulans udara JBPM itu.

Beliau menambah perbincangan itu merangkumi penempatan pad pendaratan helikopter serta kaedah penghantaran pesakit ke unit kecemasan.

JBPM tunggu Kerajaan Sarawak luluskan tanah untuk bina pangkalan udara

“Ini akan kita selaraskan, mungkin di premis-premis hospital pun kita akan adakan perbincangan termasuk di kawasan pendalaman perlu ada sedikit untuk kawasan lapang untuk mendarat kalau pun tidak ada pad pendaratan helikopter.

” Titik kawasan pendaratan yang lapang membolehkan Ambulans Udara Bomba itu turun untuk bomba mengambil dan membawa sama ada pesakit atau mangsa-mangsa yang cedera dalam operasi kebakaran atau pun penyelamatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan Pingat Perkhidmatan Bomba dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JBPM di sini pada Selasa.

Abdul Wahab mendedahkan sebagai permulaan JBPM telah mengubahsuai satu pesawatnya iaitu helikopter Agusta Westlan AW109 untuk tujuan tersebut sementara menunggu dua lagi perolehan pesawat sama untuk dijadikan ambulans udara.

Beliau menjelaskan salah satu daripada pesawat ambulans udara itu berkemungkinan akan ditempatkan di Sarawak berdasarkan keadaan geografi di negeri itu yang memerlukan perkhidmatan ambulans udara.

Malah perbincangan berkaitan menurutnya lagi memudahkan pendekatan pendaratan untuk perkhidmatan itu sedang dijalankan antara JBPM Sarawak dengan agensi berkaitan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan