Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri ketika mengadakan lawatan ke Pusat Jagaan Damai Permai di Kepala Batas hari ini. Foto: TVS

KPWKM galak lebih banyak pusat jagaan warga emas swasta

KEPALA BATAS, 17 Julai: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menggalakkan lebih banyak pusat penjagaan warga emas swasta bagi menampung keperluan semasa.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, perkhidmatan itu sebagai alternatif kepada rumah-rumah orang tua yang dibiayai kerajaan terutamanya bagi perkhidmatan penjagaan harian.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri beramah mesra dengan penghuni warga emas ketika mengadakan lawatan ke Pusat Jagaan Damai Permai di Kepala Batas hari ini. Foto: TVS

Beliau berkata, perkembangan itu juga seiring dengan misi KPWKM dalam menggalakkan perkembangan ekonomi kepedulian (care economy) dan pembangunan institusi keluarga.

“Pusat jagaan swasta masih kurang biarpun ramai yang memerlukan dan mahu menggunakan perkhidmatan ini.

“Sudah wujud lama pusat jagaan di bawah kelolaan kerajaan, namun bagi anak-anak yang mampu mendapatkan perkhidmatan lebih baik, mereka boleh memilih menghantar ibu bapa ke tempat swasta,” katanya kepada pemberita hari ini.

KPWKM galak lebih banyak pusat jagaan warga emas swasta | TVS

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan lawatan ke Pusat Jagaan Damai Permai di sini.

Ujarnya, pusat jagaan swasta tidak hanya memberi tumpuan kepada penempatan warga emas semata-mata, tetapi turut menyokong keperluan gaya hidup masyarakat kini yang berkerjaya.

“Anak-anak boleh menempatkan ibu bapa secara harian ketika keluar bekerja atau oustation (ke luar daerah) untuk tempoh sementara.

“Selain itu, ia menawarkan perkhidmatan jagaan kepada pesakit (pelbagai peringkat usia) yang memerlukan penjagaan rapi,” katanya lagi.

Tambah beliau, pusat jagaan secara persendirian menawarkan suasana lebih selesa, bersih dan selamat.

Sehingga kini, ujarnya terdapat 393 pusat jagaan warga emas swasta di seluruh negara yang berdaftar dengan kementerian itu mengikut Akta Pusat Jagaan 1993. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan