Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
25 unit rumah pekerja kilang kayu di Jalan Tanjung kunyit-Paradom di Sibu musnah sepenuhnya dalam kebakaran pagi tadi. Foto: JBPM Zon 4 Sibu

25 unit rumah pekerja kilang papan di Sibu terbakar

SIBU, 17 Julai: Sebanyak 25 unit kediaman pekerja kilang papan milik syarikat tempatan di Jalan Tanjung Kunyit-Paradom di sini, terbakar pagi tadi.

Akibat kejadian itu, seramai 44 orang penghuni yang merupakan pekerja kilang kayu hilang tempat tinggal.

Kediaman berstruktur kayu yang diperbuat daripada papan itu dilaporkan mula terbakar sekitar jam 7.30 pagi dan memusnahkan keseluruhan kediaman.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 4 Sibu, Penguasa Kanan Bomba (PgKB 1) Andy Alie berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu  jam 7.54 pagi.

“Seramai tujuh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral dan 11 anggota dari BBP Sungai Merah digerakkan bagi membantu memadam kebakaran itu.

“Setibanya di lokasi, kebakaran telah memusnahkan keseluruhan rumah pekerja berkenaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, 24 unit daripada rumah pekerja berkenaan mempunyai penghuni manakala sebuah unit tidak berpenghuni.

“Insiden tersebut tidak melibatkan sebarang kecederaan mahupun kehilangan nyawa dan semua penghuni rumah berjaya menyelamatkan diri,” katanya.

Katanya, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan