Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi bercakap pada sidang media di Pejabat Agama Islam Sarawak,Kompleks Islam Sarawak, di sini, hari ini.

Serian, ‘New Zealand’ kecil Sarawak – Abang Johari

ByConnie Grace

SERIAN, 15 Julai: Kerajaan Sarawak berhasrat mentransformasikan Bahagian Serian sebagai ‘New Zealand’ kecil Sarawak setelah Pelan Induk Serian siap menjelang tahun 2030.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mensasarkan usaha itu bakal dicapai dengan meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Serian kepada RM1.4 bilion dalam tempoh lapan tahun mendatang ini.

KDNK Serian pada ketika ini sekitar RM600 juta justeru itu beliau optimis sasaran mampu dicapai sejajar dengan pertumbuhan tahunan Sarawak yang dianggarkan antara enam dan lapan peratus.

Bagi tujuan itu menurutnya Unit Perancang Ekonomi (EPU) telah menyediakan Pelan Induk Serian (Serian Master Plan 2030) bertujuan untuk membangunkan sosioekonomi di sini sekali gus merancangnya secara teratur dan mampan.

“Kita akan bangunkan Serian ini sebagai ‘small New Zealand’ di negeri ini sebagai salah satu usaha untuk bangunkan kawasan ini maju.

“Setelah Serian Master Plan 2030 ini siap, KDNK Serian akan mencapai RM 1.4 billion pada tahun 2030,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Majlis Perasmian Serian Conference Centre (SCC) Pelancaran Serian Master Plan dan Pelancaran Kembara Sarawak Merdeka Bahagian Serian bersempena dengan Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka, di Serian pada Sabtu.

Selain itu Abang Johari nekad bahawa kerajaan pimpinannya akan menggerakkan pembangunan setempat berikutan bahagian Serian memiliki kekayaan semual jadi seperti gunung, bukit, sungai dan tasik.

“Alam semula jadi yang ada di Serian menjadi tarikan para pelancong selain ia berfungsi sebagai simpanan karbon,” ujarnya.

Serian dibangunkan sebagai ‘Small New Zealand’.

Dalam pada itu menurutnya lagi pengiktirafan Sarawak sebagai sebuah negeri berpendapatan tinggi oleh Bank Dunia memperlihatkan negeri ini berada pada landasan tepat dalam usaha mengembangkan ekonomi dan menarik pelabur luar.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan