Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

KBS siasat dakwaan gangguan seksual jurulatih dodgeball – Hannah

ByTVS

GEORGE TOWN, 15 Julai: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menyiasat berhubung dakwaan gangguan seksual oleh jurulatih sukan Dodgeball terhadap beberapa murid sebuah sekolah di Damansara, Selangor.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, pihaknya telah dimaklumkan berhubung kontroversi itu dan akan bertemu pihak berkaitan termasuklah Persatuan Dodgeball Malaysia (PDM) pada minggu depan bagi mendapat penjelasan lanjut.

“Laporan polis telah dibuat dan Kementerian Pendidikan (KPM) telah masuk untuk siasat.

“Minggu depan saya akan berjumpa dengan pihak yang terlibat,” katanya.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh merasmikan Sambutan Hari Belia Negara dan Jelajah Mini Rakan Muda Peringkat Negeri Pulau Pinang di sini hari ini. Foto: TVS

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara dan Jelajah Mini Rakan Muda Peringkat Negeri Pulau Pinang di sini pada Sabtu.

Pada Khamis lalu, media melaporkan beberapa murid lelaki dan perempuan sebuah sekolah rendah jenis kebangsaan Cina didakwa menjadi mangsa cabul seorang jurulatih lelaki sukan dodgeball.

Pengetua sekolah itu membuat laporan polis pada 26 Jun lalu mendakwa jurulatih berkenaan berkelakuan menanggalkan seluar murid dan mencubit puting dada murid lelaki.

Dia turut didakwa mengacah mahu menjatuhkan kayu ke atas kemaluan murid lelaki dan menyuruh murid perempuan merangkak di celah kangkang.

Seorang murid perempuan turut mendakwa disentuh pada beberapa bahagian badan seperti dada, bahu, perut dan punggung.

Menurut, Pengerusi PDM, Datuk Radha Krishnan, jurulatih itu pernah memegang jawatan jurulatih bertauliah dengan persatuan itu sebelum lesen kejurulatihannya ditarik pada Jun 2021 kerana menggunakan sijil kejurulatihan tahap dua tidak wujud. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan