Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Para penari mempersembahkan tarian tradisional Negeri Sarawak pada majlis Malam Media 'Yours Truly Sarawak' anjuran Lembaga Pelancongan Sarawak yang dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Tourism Board, Sharzede Datu Salleh Askor malam tadi. Foto: Bernama

Sarawak pada landasan tepat jadi peneraju pelancongan mampan

KUALA LUMPUR, 15 Julai: Sarawak berada di landasan yang tepat menjadi peneraju industri pelancongan mampan dan destinasi ekopelancongan di rantau Asia Tenggara berikutan respons yang positif daripada pemain industri.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sarawak (STB), Sharzede Salleh Askor berkata, Sarawak telah menerima kedatangan lebih 1.9 juta pelancong pada enam bulan pertama tahun ini dan optimis untuk mencapai sasaran ketibaan tiga juta pelancong untuk tahun ini.

Katanya, perangkaan itu jelas menunjukkan strategi yang dirancang STB dalam menarik pelancong termasuk berkenaan pelancongan mampan dan pelncongan bertanggungjawab berhasil, sekali gus akan memastikan industri pelancongan Sarawak cepat kembali pulih pasca pandemik COVID-19.

“Industri pelancongan mampan ini bukan sahaja berkaitan alam sekitar tetapi juga meliputi warisan, budaya dan makanan yang akan memberi manfaat kepada generasi akan datang.

“Jadi kita yakin terhadap strategi yang diambil kerana secara global pelancong dan pemegang taruh menuju ke arah itu (pelancongan mampan). Mereka sangat positif dan menyokong usaha kami selepas melihat kemajuan industri pelancongan dikaitkan dengan visi kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program Malam Media ‘Yours Truly Sarawak’ anjuran STB, di sini, malam tadi.

Sharzede berkata, STB juga sentiasa bersedia dalam membantu kerajaan negeri mencapai hasrat menjadikan Sarawak sebagai destinasi penganjuran konsert di Malaysia.

“Selagi ia mendorong kedatangan pelancong ke Sarawak serta memberi manfaat sosioekonomi kepada penduduk, kami terbuka untuk mengalu-alukan penganjuran konsert yang baik,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan