Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-45 Lembaga Kemajuan Bintulu di sini, pada Jumaat. Foto: Luqman Muhammad (TVS)

Perluaskan pentadbiran wilayah, Sebauh bakal di bawah seliaan BDA – Abang Johari

ByLuqman Muhammad

BINTULU, 15 Julai: Kerajaan Sarawak berhasrat menjadikan kawasan Sebauh sebagai sebahagian daripada seliaan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA).

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata ini usaha itu merupakan antara perancangan untuk memperluaskan pentadbiran wilayah lembaga tersebut.

“Kita berpandangan bahawa pembangunan Bintulu perlu dirancang dengan baik sekali.

“Di mana perancangan itu perlu menjadikan Bintulu sebagai bandar yang mampan sejajar dengan era digital dan ke arah ekonomi hijau,” katanya.

Abang Johari berkata demikian pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-45 Lembaga Kemajuan Bintulu di sini, pada Jumaat.

Dalam pada itu Abang Johari optimis BDA berupaya menjadi pelopor utama ekonomi hijau menerusi perancangan Pelan Strategik 2024-2030 ke arah Hab Industri Karbon Rendah Sarawak.

Menurut beliau pelan strategik tersebut akan menjadikan Bintulu sebagai pengeluar utama tenaga yang boleh diperbaharui iaitu hidrogen sekali gus menjadi hab mengeksport sumber tenaga tersebut ke luar negara menjelang tahun 2027.

Untuk rekod BDA yang ditubuhkan pada tahun 1978 telah mengatasi pelbagai cabaran dalam menjadikan Bintulu sebuah bandar perindustrian dan membawa kemakmuran kepada rakyat tempatan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan