Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bersempena dengan Hari Sarawak dan Sambutan Merdeka 60 Tahun, para penonton akan disajikan dengan pelbagai program menarik di TVS saluran 122 Astro dan MYTV. Foto: TVS

Kisah Rosli Dhoby, drama lakonan Alena Murang antara buah tangan TVS sempena Hari Sarawak

ByNurul Amarlina

KUCHING, 16 Julai: Sempena sambutan Hari Sarawak dan Sarawak Merdeka 60 tahun, TVS akan menyiarkan beberapa program menarik yang berlatar belakang tokoh, rakyat, sejarah dan budaya di Bumi Kenyalang.

Berikut merupakan antara buah tangan TVS untuk penonton setianya sempena hari istimewa berkenaan.

1. Warkah Terakhir: Rosli Dhoby

Drama bersiri epik sebanyak lapan episod ini berdasarkan kisah seorang anak Sarawak berusia 16 tahun, Rosli Dhoby yang membunuh Gabenor British dan dihukum gantung hingga mati pada 1949.

Karya ini ditunjangi oleh aktor hebat, Beto Khusairy yang membawakan watak Rosli Dhoby dan Namron sebagai Awang Rambli.

Selain itu drama ini juga menyaksikan penampilan Rosli Sako (Bujang Suntong), Fikhree Bakar (Morshidi Sidek), Amerul Affendi (Tajudin), Anita Baharom (Norian) dan Melissa Maureen (Ani).

Tonton Warkah Terakhir: Rosli Dhoby bermula 17 Julai (Isnin) hingga 27 Julai (Khamis) pukul  8:45 malam.

2. Cipta Balik

Niat untuk memenangi pertandingan cipta kembali gambar lama telah menemukan Yatem dengan dua orang sahabat lamanya iaitu Dibit dan Lai Hock.

Karya yang mengangkat tema persahabatan rakyat berbilang kaum di Sarawak ini dilakonkan oleh Richard Matthias, Chiew Ta Hua dan Hazis Wahab.

Mampukah tiga sahabat ini menang pertandingan itu? Segalanya akan terjawab jika anda menonton filem pendek yang diarahkan oleh Ikmar Sarbini ini.

Tonton filem pendek Cipta Balik hasil produksi TVS pada 21 Julai (Jumaat) pukul 6:30 petang, siaran ulangan 22 Julai (Sabtu) 7:30 malam.

3. Road to Nationhood Part 1 & 2

Road to Nationhood: Sarawak Reclaimed Part 1 & 2 merupakan sebuah filem dokumentari yang mengisahkan sejarah Sarawak pada zaman pemerintahan Brooke sehingga mencapai kemerdekaan dari British dan akhirnya membentuk Malaysia. 
 
Siri 1 mengisahkan zaman Brooke yang mengasaskan dan memerintah Kerajaan Sarawak dari 1841 hingga 1941 manakala Siri 2 mengisahkan zaman perang Sarawak dari 1941 hingga membentuk Malaysia pada 1963.
 
Tonton Road to Nationhood Siri 1 pada 22 Julai (Sabtu) pukul 5 petang dan Siri 2 pada 23 Julai (Ahad) pukul 5 petang.
Road to Nationhood Sarawak reclaimed Part 1 and Part 2 on TVS channel 122 astro and mytv
 

 

4. Suatu Ketika Rosli Dhoby

Suatu Ketika…Rosli Dhoby: Pembunuh atau Pejuang ialah sebuah dokumentari yang mengisahkan perjuangan rakyat Sarawak untuk kemerdekaan.

Saksikan Suatu Ketika Rosli Dhoby pada 23 Julai (Ahad) pukul 9.15 malam.

5. Iman untuk Bulan

Bulan (Alena Murang) merupakan seorang pemain sape kaum Kenyah yang cuba mencipta nama dalam bidang muzik di Kuala Lumpur.

Namun selepas kematian ibunya, Bulan tidak dapat bermain muzik dengan baik. Apa sebenarnya berlaku?

Bulan kemudian mencari tali sape pusaka milik ibunya yang dipercayai dapat membantu atasi masalahnya.

Mampukah gadis ini kembali bermain sape? Jangan lepaskan peluang untuk tonton karya menarik ini.

Jom tonton telemovie ‘Iman untuk Bulan’ pada 28 Julai (Jumaat) pukul 8.45 malam.

Pastikan anda bersama TVS di saluran 122 Astro dan MYTV sempena Sambutan 60 tahun Sarawak Merdeka!

TVS meriahkan bulan Julai dengan program Pitch-It baharu

Ikuti kami di laman sosial @tvstvmy dan @tvs_entertainment untuk pelbagai sajian program menarik dan info semasa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan