Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Surita berkata saksi ke-19 (pengasuh) mengakui telah meninggalkan si mati selama dua jam tanpa pengawasan di dalam bilik bersama dua bayi lagi yang sedang tidur, Foto hiasan Envato.

Bayi enam bulan maut dipercayai didera pengasuh

IPOH, 16 Julai: Seorang bayi perempuan berusia enam bulan meninggal dunia selepas kira-kira dua hari bertarung nyawa disyaki akibat didera pengasuhnya di sini, semalam.

Mangsa disahkan menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2.51 petang ketika menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner (ACP) Yahaya Hassan berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati bayi itu disahkan meninggal dunia akibat kecederaan pada kepala akibat objek tumpul.

“Sebelum itu pada Rabu, pihak HRPB memaklumkan menerima mangsa dalam keadaan koma dan terdapat kesan lebam pada badan.

“Pihak hospital mengsyaki kecederaan itu dipercayai kerana menjadi mangsa dera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Yahaya, polis telah menahan suspek wanita warga tempatan berusia 52 tahun yang merupakan pengasuh bayi itu secara sepenuh masa pada Khamis.

“Suspek direman selama empat hari bermula Jumaat bagi siasatan lanjut.

“Kes itu diklasifikasikan semula mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan