Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohammad Abu Bakar Marzuki dan Pengurus Besar BDA Datu Muhammad Yakup Kari menyempurnakan simbolik perasmian Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-45 BDA di sini, pada Jumaat.

Bonus satu bulan setengah gaji untuk warga BDA – Abang Johari

ByLuqman Muhammad

BINTULU, 14 Julai: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan insentif sebulan setengah gaji kepada seluruh warga kerja Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) bagi tahun ini.

Khabar baik itu menurut beliau sebagai mengiktiraf sumbangan warga kerja BDA yang berkhidmat serta mencatat kejayaan dalam mentransformasikan bandar minyak itu.

“Saya bersama-sama Ahli Lembaga Pengarah ingin mengucapkan penghargaan terima kasih dengan memberikan sumbangan bonus sebulan setengah gaji kepada seluruh BDA di setiap peringkat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-45 Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) di sini, pada Jumaat.

Dengan adanya insentif berkenaan, Abang Johari berharap ia menjadi pemangkin semangat warga kerja BDA untuk terus memberikan perkhidmatan yang lebih baik sekali gus meningkatkan pendapatan badan induk itu.

Sementara itu, majlis turut menyaksikan Abang Johari menyempurnakan simbolik penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada 67 penerima anugerah berkenaan.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohammad Abu Bakar Marzuki, Pengurus Besar BDA, Datu Muhammad Yakup Kari, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Datuk Talib Zulpilip serta Ahli Lembaga Pengarah BDA yang lain.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan