Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Lee Kim Shin diberi penerangan tentang mesin untuk menguji kelajuan kenderaan di Puspakom Kota Samarahan, hari ini. Turut kelihatan, Dr Ahmad Zahiri Ismail. Foto: TVS

Puspakom Kota Samarahan tawar khidmat periksa kenderaan ke rumah September ini

KOTA SAMARAHAN, 13 Julai: Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) Kota Samarahan akan menawarkan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan terus ke rumah pelanggan bermula September ini.

Ketua Bahagian (Operasi) Puspakom Dr Ahmad Zahiri Ismail berkata, perkhidmatan itu merupakan tambahan kepada dua perkhidmatan yang dilakukan mereka pada masa ini.

“Buat masa ini, perkhidmatan yang disediakan ialah penukaran nama pemilik kenderaan dan pemeriksaan bagi penukaran nombor kenderaan termasuk kenderaan yang diimport,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menerima kunjungan Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin di cawangan terbaharu Puspakom Kota Samarahan, di sini, hari ini.

Bayaran perkhidmatan bergerak akan berbeza berbanding perkhidmatan di Puspakom.

“Kita akan mengenakan bayaran lebih sedikit bagi perkhidmatan pintu ke pintu dan saya harap perkhidmatan baharu ini akan memudahkan pelanggan bagi mendapatkan perkhidmatan yang disediakan PUSPAKOM” katanya.

Mengenai pembayaran perkhidmatan, Puspakom Kota Samarahan hanya menerima bayaran secara dalam talian selain tidak menolak cadangan Kim Shin bagi penggunaan aplikasi Sarawak Pay pada masa akan datang.

Cawangan berkenaan mula beroperasi 1 Ogos ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan